Friday 13 November 2015

ADAT RESAM MELENGGANG PERUT (kaum melayu)

Adat melenggang perut atau lebih dikenali sebagai 'kirim perut' oleh masyarakat melayu di sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis. Adat ini bertujuan bagi memelihara anak dalam kandungan ,memudahkan kelahiran dan menjauhkan kecelakaan pada ibu dan anak yang bakal lahir. Malah adat ini bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi didalam perut ditempat yang sepatutnya iaitu dibahagian kepala hujung pintu rahim atau lebih mudah supaya kedudukan anak tidak sonsang. adat ini dapat membantu ibu semasa bersalin dan bayi tidak mudah lemas semasa proses bersalin.

Biasanya adat ini dilakukan oleh bidan kampung dan memerlukan beberapa alat-alat sebagai syarat. Antaranya :-

* 7 helai kain yang berlainan warna
* 1 gantang beras
* sebiji buah kelapa
* beberapa urat benang
* sedikit minyak kelapa @ minyak urut
* beberapa batang lilin
* 1 tapak sirih lengkap dengan isinya
* pengeras (wang)

- bidan akan bentangkan 7 helai kain secara melintang dan ibu kan baring diatas lapisan kain itu.

- minyak kelapa @ minyak urut akan disapu pada perut secara perlahan dan kelapa akan diguling sebanyak 7kali. Pada kali ke7, kelapa itu akan dilepaskan dan dibiar bergolek.

- Jika kedudukan mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan melahirkan anak lelaki dan sebaliknya jika ia menghala ke bawah, anak perempuan.

- selepas itu, bidan akan pegang sehelai kain pada hujung kain dan diangkat sedikit sambil dilenggang-lenggangnya badan ibu itu. disitulah panggilan lenggang perut diberi.

- akhir sekali kain akan ditarik keluar daripada bawah badan ibu dan kain terakhir akan deberikan kepada bidan bersama sirih dan pengeras.

adat ini dilakukan semasa kandungan genap 7 bulan. selalunya bagi ibu yang hamil anak sulung. pada hari upacara diadakan, kenduri secara kecil-kecilan akan dilakukan yang dihadiri oleh orang tua-tua dan keluarga rapat.

Adat ini mempunyai unsur-unsur dari budaya Hindu.

No comments:

Post a Comment