Wednesday 25 November 2015

PANTANG LARANG KAUM CINA (PERAYAAN)

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi kaum cina. Semasa perayaan Tahun Baru, terdapat banyak juga pantang larang untuk memdapat keharmonian dan kesejahteraan hidup sepanjang tahun tersebut.

Masyarakat Cina percaya bahawa sebelum perayaan perlulah membersihkan rumah bagi menyambut Tahun Baru Cina. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang Tahun Baru Cina.

Pada hari pertama semasa Tahun Baru Cina, menyapu lantai adalah dilarang. Menyapu lantai pada hari pertama akan menyebabkan kehilangan kekayaan dan nasib baik sepanjang tahun kerana penyapu dalam bahasa mandarin ialah 'SHAQ ZHOU' yang membawa maksud kekayaan keluarga akan disapu keluar. Perkataan yang buruk atau kasar juga dilarangkan. Perkataan yang tidak sopan dianggap akan merosakkan keharmonian sepanjang tahun. Orang Cina digalakkan menyatakan perkataan yang sedap hati seperti 'GONG XI FA CHAI' dan sebagainya. Kaum cina juga dilarang bersalm dengan orang yang sedang tidur kerana hal ini akan menyebabkan orang tersebut selalu jatuh sakit sepanjang tahun.

Kaum Cina juga dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas. Gelas dan tembikar yang pecah akan menyebabkab berlaku dan rezeki tidak stabil. Jika memecahkan gelas secara tidak sengaja, kita mesti menyatakan 'SUI SUI PIN AN' yang bermaksud yang aman damai sepanjang tahun. Pada hari ketiga Tahun Baru Cina dikenali sebagai 'CHE KOU RI'. 'CHE KUI' bermaksud perselisihan dan pertelingkahan dalam bahasa cina. Pada hari ini orang mudah berlaku perselihanfahan ataupun bergaduh. Oleh demikian, kaum cina tidak akan melawat ke rumah saudara-mara bagi mengelakkan sebarang pertelingkhan yang tidak diperlukan. Tambahan pula, angpau hanya boleh diberi kepada yang belum berkahwin dan juga tidak boleh diberi selepas 'CHAP GOH MEI' (Hari ke-15 Tahun Baru Cina)






Tuesday 24 November 2015

ADAT RESAM (KAUM INDIA)

ADAT DALAM KELAHIRAN

SEWAKTU MENGANDUNG

= Adat valaikaappu dilakukan semasa kandungan sulung menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. wanita yang hamil ini juga akan dipakaikan gelang tangan (suulkaappu) yang bermaksud melindungi bayi dalam kandungan daripada kesukaran sewaktu ibunya bersalin. Adat ini diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar india. 

= Hadiah kepada wanita yang hamil tersebut atau dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil iaitu barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.

= Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga- bungaan. Setelah mandi wanita tersebut akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

= Para cumanggali memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. sebagai tanda terima kasih wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini. 

= Ibu pula akan mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali.

= Wanita yang hamil ini akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi- nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang yang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Kemudian wanita yang hamil tersebut diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. 

= Jika bungkusan tersebut ialah nasi yang manis  dipercayai bahawa anak yan dilahirkan adalah bayi perempuan manakala yang sebaliknya pula ialah lelaki. Selesai upacara valaikaappu wanita hamil ini akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

= Selesai upacara ini, wanita hamil ini akan tinggal bersama ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

  

SEMASA KELAHIRAN

= Sebaik sahaja bayi dilahirkan sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. 

=Bisikan nama tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar apa- apa yang lain yang bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

= Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. 

= Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. 

= Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. 

SELEPAS KELAHIRAN

= Selepas dilahirkan bayi tersebut akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan yang bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku. 

= Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam dan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut serta mencalitkan ke dahi ibu dan anak.

= Jika bersalin secara pembedahan, ibu tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. 

= Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin. 

= Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. 

= Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

= Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah dilakukan. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. 

= sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. 

=Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

Monday 23 November 2015

PANTANG LARANG KAUM CINA (KELAHIRAN)

Kaum cina mempunyai banyak pantang larang yang perlu dipatuhi sebelum kelahiran dan selepas kelahiran.

                                                          SEBELUM KELAHIRAN

DILARANG MEMAKU.

  • Wanita cina yang mengandung dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat seperti memaku kerana bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat kerana terkejut.
MENJAGA TINGKAH LAKU
  •  Wanita yang mengandung hendaklah menjaga tingkah laku sepertu tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat dan dilarang sama sekali memukul binatang kerana risau anak yang dikandung akan terkena badi.
HINDARI MASALAH
  • Wanita yang mengandung dielakkan daripada memikirkan masalah yang berlaku tidak kira masalah keluarga atau suami kerana risau anak yang dikandung akan terganggu dengan permasalahan tersebut.
PEMAKANAN
  • Wanita yang sedang mengandung dilarang daripada makan makanan yang tajam dengan kerap seperti "nenas" dan ''mangga' kerana akan menyebabkan anak yang dikandung menjadi besar dan menyukarkan proses kelahiran nanti.
DILARANG MENGGOSOK PERUT
  • Wanita yang mengandung dielakkan daripada menggosok perut terlalu kerapa kerana bimbang anak akan menjadi manja.
                                                               SELEPAS KELAHIRAN

  • Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40 hari.
  • Selain itu,mereka hendaklah memakai pakaian dan stoking yang tebal kerana bimbang akan masuk angin.
  • Disamping itu,mereka juga dielakkan daripada mandi dan membasuh rambut dengan menggunakan air sejuk kerana risau akan masuk angin.
  • Seterusnya ialah mereka juga dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat kerana takut rahim akan menjadi kendur.

Monday 16 November 2015

KENDURI ARWAH (ADAT RESAM MELAYU)

kenduri arwah ini sebenarnya adat resam melayu saja, bukanlah tuntutan dalam agama. Yang kita lakukan kenduri arwah dengan bertahlil selama tiga malam, tujuh malam, hari ke-100, hari ke-1000 atau sebelum bulan puasa tidak ditemui dalam Sunnah nabi kita. Berkumpul-kumpul di rumah si mati dengan makan-makan pun adat tradisi sebelum masyarakat Melayu memeluk Islam dulu-dulu.




sebelum kenduri arwah, beberapa ayat al-Quran dan tasbih yang diakhiri dengan bacaan doa akan di baca oleh kumpulan yang di jemput untuk menyempurnakannya. terdapat juga bacaan Surah Yasin. Ini adalah sebagai tanda untuk mengingati arwah si mati.


PANTANG LARANG KAUM MELAYU

 POTONG KUKU PADA WAKTU MALAM

Orang tua-tus zaman dahulu memberitahu jika memetong kuku pada waktu malam, takut kalau-kalau hantu masuk ke dalam rumah. Pada zaman dahulu tidak ada lampu jadi bahaya kalau potong kuku pada waktu malam sebab itulah timbulnya pantang larang ini.


PANTANG LARANG KAUM INDIA


Malaysia kaya dengan pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai pantang larang yang tersendiri. Antara pantang larang yang selalu dititik beratkan adalah pantang larang perkahwinan dan pantang larang perayaan. Bagi setiap kaum sememangnya mempunyai pantang larang yang telah lama wujud pada zaman datuk nenek moyang. Pantang larang ini diamalkan sehingga sekarang bagi menerusi adat resam kaum agar tidak dilupakan oleh generasi baru.

PANTANG LARANG PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam, Eliyat Tirumanam dan Vaitiikat Tirumanam.

Merisik
Setiap pasangan yang belum berkahwin akan dirisik oleh pihak lelaki. Pasangan ini akan saling membalas kunjungan. Ketika rombongan oleh bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Pertunangan:
Selesai majlis pertunangan, bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.

Pantang larang sebelum majlis perkahwinan:
Kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa sebarang kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar.

Pantang larang jamuan:
Hidangan seperti daging lembu tidak boleh dihidangkan, kerana agama hindu melarang makan daging lembu jika jamuan tersebut dilakukan di kuil. Hanya sayur-sayuran yang boleh dihidangkan kepada para tetamu.
   

PANTANG LARANG PERAYAAN


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Amalan berkabung 


Amalan ini dilakukan bertujuan untuk menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat ke rumah rakan-rakan seagama. Keadaan ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada dan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan keluarga.


Hidangan manisan


Manisan ini berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan Palkova, halwa, Laddu dan atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan penganutnya. Manisan ini merupakan acara pembuka bagi hari Deepavali kerana membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut Hindu, manisan yang dibuat tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapa restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah tujuan untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas sembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan istimewa lain yang disediakn boleh dinikmati.

Image result for palkova kaum india     

          Image result for halwa kaum india


Pakaian


Warna pakaian yang dipakai semasa menyambut Deepavali mestilah warna yang garang seperi merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana ia bermaksud kesedihan.






Friday 13 November 2015

ADAT RESAM MELENGGANG PERUT (kaum melayu)

Adat melenggang perut atau lebih dikenali sebagai 'kirim perut' oleh masyarakat melayu di sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis. Adat ini bertujuan bagi memelihara anak dalam kandungan ,memudahkan kelahiran dan menjauhkan kecelakaan pada ibu dan anak yang bakal lahir. Malah adat ini bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi didalam perut ditempat yang sepatutnya iaitu dibahagian kepala hujung pintu rahim atau lebih mudah supaya kedudukan anak tidak sonsang. adat ini dapat membantu ibu semasa bersalin dan bayi tidak mudah lemas semasa proses bersalin.

Biasanya adat ini dilakukan oleh bidan kampung dan memerlukan beberapa alat-alat sebagai syarat. Antaranya :-

* 7 helai kain yang berlainan warna
* 1 gantang beras
* sebiji buah kelapa
* beberapa urat benang
* sedikit minyak kelapa @ minyak urut
* beberapa batang lilin
* 1 tapak sirih lengkap dengan isinya
* pengeras (wang)

- bidan akan bentangkan 7 helai kain secara melintang dan ibu kan baring diatas lapisan kain itu.

- minyak kelapa @ minyak urut akan disapu pada perut secara perlahan dan kelapa akan diguling sebanyak 7kali. Pada kali ke7, kelapa itu akan dilepaskan dan dibiar bergolek.

- Jika kedudukan mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan melahirkan anak lelaki dan sebaliknya jika ia menghala ke bawah, anak perempuan.

- selepas itu, bidan akan pegang sehelai kain pada hujung kain dan diangkat sedikit sambil dilenggang-lenggangnya badan ibu itu. disitulah panggilan lenggang perut diberi.

- akhir sekali kain akan ditarik keluar daripada bawah badan ibu dan kain terakhir akan deberikan kepada bidan bersama sirih dan pengeras.

adat ini dilakukan semasa kandungan genap 7 bulan. selalunya bagi ibu yang hamil anak sulung. pada hari upacara diadakan, kenduri secara kecil-kecilan akan dilakukan yang dihadiri oleh orang tua-tua dan keluarga rapat.

Adat ini mempunyai unsur-unsur dari budaya Hindu.