Monday 16 November 2015

PANTANG LARANG KAUM INDIA


Malaysia kaya dengan pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai pantang larang yang tersendiri. Antara pantang larang yang selalu dititik beratkan adalah pantang larang perkahwinan dan pantang larang perayaan. Bagi setiap kaum sememangnya mempunyai pantang larang yang telah lama wujud pada zaman datuk nenek moyang. Pantang larang ini diamalkan sehingga sekarang bagi menerusi adat resam kaum agar tidak dilupakan oleh generasi baru.

PANTANG LARANG PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam, Eliyat Tirumanam dan Vaitiikat Tirumanam.

Merisik
Setiap pasangan yang belum berkahwin akan dirisik oleh pihak lelaki. Pasangan ini akan saling membalas kunjungan. Ketika rombongan oleh bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Pertunangan:
Selesai majlis pertunangan, bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.

Pantang larang sebelum majlis perkahwinan:
Kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa sebarang kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar.

Pantang larang jamuan:
Hidangan seperti daging lembu tidak boleh dihidangkan, kerana agama hindu melarang makan daging lembu jika jamuan tersebut dilakukan di kuil. Hanya sayur-sayuran yang boleh dihidangkan kepada para tetamu.
   

PANTANG LARANG PERAYAAN


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Amalan berkabung 


Amalan ini dilakukan bertujuan untuk menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat ke rumah rakan-rakan seagama. Keadaan ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada dan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan keluarga.


Hidangan manisan


Manisan ini berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan Palkova, halwa, Laddu dan atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan penganutnya. Manisan ini merupakan acara pembuka bagi hari Deepavali kerana membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut Hindu, manisan yang dibuat tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapa restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah tujuan untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas sembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan istimewa lain yang disediakn boleh dinikmati.

Image result for palkova kaum india     

          Image result for halwa kaum india


Pakaian


Warna pakaian yang dipakai semasa menyambut Deepavali mestilah warna yang garang seperi merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana ia bermaksud kesedihan.






No comments:

Post a Comment