Thursday 12 November 2015

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG (pengenalan)

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Perkongsian mengenai adat resam dan pantang larang bagi kaum melayu, cina, serta india menjadi fokus utama dalam penulisan blog ini.

Adat resam merupakan satu cara hidup ataupun budaya yang melambangkan ciri kehidupan yang mencapai tahap atau martabat kepercayaan, hukum dan pantang larang bagi sesuatu masyarakat. Dari segi etimologi, pekataan 'adat' barasal daripada bahasa Arab iaitu 'addah' yang membawa maksud kebiasaan dan ia bukan bersifat material atau bendawi. Bagi masyarakat melayu, adat resam menjadi pegangan dalam kehidupan mereka selaras dengan pepatah ini, 'biar mati anak, jangan mati adat'.

Pantang larang pula merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu sering mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka atau perkara buruk berlaku. Pantang larang juga boleh didefinasikan sebagai suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.


No comments:

Post a Comment