Tuesday 24 November 2015

ADAT RESAM (KAUM INDIA)

ADAT DALAM KELAHIRAN

SEWAKTU MENGANDUNG

= Adat valaikaappu dilakukan semasa kandungan sulung menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. wanita yang hamil ini juga akan dipakaikan gelang tangan (suulkaappu) yang bermaksud melindungi bayi dalam kandungan daripada kesukaran sewaktu ibunya bersalin. Adat ini diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar india. 

= Hadiah kepada wanita yang hamil tersebut atau dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil iaitu barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.

= Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga- bungaan. Setelah mandi wanita tersebut akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

= Para cumanggali memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. sebagai tanda terima kasih wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini. 

= Ibu pula akan mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali.

= Wanita yang hamil ini akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi- nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang yang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Kemudian wanita yang hamil tersebut diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. 

= Jika bungkusan tersebut ialah nasi yang manis  dipercayai bahawa anak yan dilahirkan adalah bayi perempuan manakala yang sebaliknya pula ialah lelaki. Selesai upacara valaikaappu wanita hamil ini akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

= Selesai upacara ini, wanita hamil ini akan tinggal bersama ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

  

SEMASA KELAHIRAN

= Sebaik sahaja bayi dilahirkan sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. 

=Bisikan nama tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar apa- apa yang lain yang bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

= Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. 

= Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. 

= Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. 

SELEPAS KELAHIRAN

= Selepas dilahirkan bayi tersebut akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan yang bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku. 

= Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam dan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut serta mencalitkan ke dahi ibu dan anak.

= Jika bersalin secara pembedahan, ibu tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. 

= Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin. 

= Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. 

= Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

= Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah dilakukan. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. 

= sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. 

=Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

No comments:

Post a Comment